Sabtu, 15 Jun 2019

مكه دان مدينه

﷽


It's been 1 decades ago since 2011 till now❤️ Rindu yang tidak dapat disembunyikan bagi mereka yang pernah menjejaki bumi suci ini. Wallahi, tiada tempat yang lebih indah melainkan bumi lahir dan wafatnya Baginda Rasulullah, tanah yang dalamnya punyai jasad Baginda. Kadang, terasa betapa diri ini beruntung (syukur,  ٱلْـحَـمْـدُ للهِ    ) berpeluang untuk ke sana, walau waktu itu diri ini masih lagi mentah tidak mengerti, seronok tapi tak pasti, teruja tapi tak sepenuh hati. Kini, bila diri sudah menjengah dewasa, baharu mengerti indahnya tanah suci ini bagai Syurga, baharu merasa betapa seronok & teruja dapat menziarah kekasih Pencipta, makin terasa untuk kesana lagi.

Baik di Makkah, dan Madinah dua tempat ini cukup menjadi saksi kisah perjalanan diri ini. Masih tercium & terbau haruman mewangi di sana. Setiap kali, dahi sujud masih terbayang karpet indah bewarna menenangkan jiwa. Manusia disana berbeza semua, ada yang gelap, cerah, rendang, lampai, tapi yang pasti tujuannya sama bukan... menyahut seruan Illahi "Labaik Allahuma Labaik"❤️


Irfan Makki songs❤️

Bagi yang belum berpeluang, sungguh sentiasa ku doakan untuk kalian diberi kesempatan menjejakkan kaki ke tanah suci ini💗

Sentiasa dalam ingatan, moga ketemu lagi menyambut seruan Tuhan, disamping keluarga & teman, selawat & salam buat Junjungan❤️

🌻
Itulah penting dalam hidup untuk menghargai dan menikmati setiap yang terjadi, 
Samada bahagia atau derita yang datang disisi, 
Jemputlah ia dengan penuh syukur dan harapan pada Illahi,
 Kerana setiap yang berlaku sungguh, terselit begitu banyak hikmah dari Dia untuk hambaNya yang disayangi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan