Isnin, 17 Jun 2019

برهارڤ هاڽ ڤد الله

﷽


Assalamualaikum😃 hari ini mimi nak kongsi kebahagiaan dengan semua orang (kalau boleh hari-hari pon takpe) Kisah hari ini tentang harap, berharap, harapan, pengharapan, dan sebagainya. Nak tanya dulu, dalam hidup sekarang kita lebih banyak berharap pada makhluk ke atau Pencipta makhluk? (tanya diri dan hati sendiri ye..)

Suatu saat, bila diri banyak berharap pada makhluk kalian takkan pernah boleh terlepas dari rasa kecewa, derita, terluka😞. Waktu itu, kalian akan mulai sedar yang diharapkan juga manusia seperti kita, yang hidup di dunia tak lepas dari ujian, yang apabila diuji baru berasa diri punyai Tuhan, yang kadang menyalahkan takdir kenapa aku menjadi pilihan. Tapi sedarkah kalian, saat kecewa, luka, derita yang hadir sebenarnya memberi peluang untuk lebih erat kita dengan Allah ar-Rahim. Sedarkah kalian...??? 

Betapa kasihnya❤️ Allah pada hambaNya, tapi apa tindak kalian?? mengenang nasib yang menimpa diri, melayan sedih & kecewa di hati, menyepi dalam bilik diam tak bertepi, memikir masa depan apa yang akan jadi, dan yang paling berat adalah kita buruk sangka pada Allah atas apa yang terjadi😢 Allahurabbi...

Mana anak muda yang mewarisi akhlak terpuji para Agamawan Islam, mana mereka yang selalu ada saat saudara kita jatuh bangun menegakkan islam, mana anak muda yang bangkit melawan kafir saat islam dihina & direndah-rendahkan, mana mereka yang sentiasa bersama para Ulama dan solihin. Kalau dengan sekecil-kecil ujian ini, kamu jatuh tersadung.. bagaimana dengan ujian yang lebih besar akan kamu kendong??

Kecewa kita pada manusia atas sebab apa💔? sebab cinta, sahabat, keluarga, belajar, bekerja? Ya, semua itu benar kan.. jangan risau kerana diri ini juga seperti kalian, yang adakala terluka dengan cinta manusiawi yang tiada tujuan, disakiti sahabat teman seperjuangan, terguris oleh keluarga yang kadang tidak sehaluan, kecewa belajar tiada berkesudahan... Bersabarlah, kerana keperitan yang dilalui menjadi asbab utuhnya hubungan kita dengan Tuhan💗

Mengadulah kepadaNya, rintihlah segala kecewa di jiwa, mintalah apa yang bermain di kepala, jangan pernah ragu akan Dia, kerana Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Didoakan semoga diberi kekuatan dan kemudahan dalam segala urusan kalian, di dunyya & akhirat.


🌻
Bersabarlah duhai hati saat kecewa hadir tidak dijemput,
Saat derita dan luka datang meninggalkan parut,
Kerana saat itu, kamu sentiasa ada Allah jadi tempat berpaut,
Pegang erat, supaya hati sentiasa terpaut dalam reda dan rahmatNya.


Sabtu, 15 Jun 2019

مكه دان مدينه

﷽


It's been 1 decades ago since 2011 till now❤️ Rindu yang tidak dapat disembunyikan bagi mereka yang pernah menjejaki bumi suci ini. Wallahi, tiada tempat yang lebih indah melainkan bumi lahir dan wafatnya Baginda Rasulullah, tanah yang dalamnya punyai jasad Baginda. Kadang, terasa betapa diri ini beruntung (syukur,  ٱلْـحَـمْـدُ للهِ    ) berpeluang untuk ke sana, walau waktu itu diri ini masih lagi mentah tidak mengerti, seronok tapi tak pasti, teruja tapi tak sepenuh hati. Kini, bila diri sudah menjengah dewasa, baharu mengerti indahnya tanah suci ini bagai Syurga, baharu merasa betapa seronok & teruja dapat menziarah kekasih Pencipta, makin terasa untuk kesana lagi.

Baik di Makkah, dan Madinah dua tempat ini cukup menjadi saksi kisah perjalanan diri ini. Masih tercium & terbau haruman mewangi di sana. Setiap kali, dahi sujud masih terbayang karpet indah bewarna menenangkan jiwa. Manusia disana berbeza semua, ada yang gelap, cerah, rendang, lampai, tapi yang pasti tujuannya sama bukan... menyahut seruan Illahi "Labaik Allahuma Labaik"❤️


Irfan Makki songs❤️

Bagi yang belum berpeluang, sungguh sentiasa ku doakan untuk kalian diberi kesempatan menjejakkan kaki ke tanah suci ini💗

Sentiasa dalam ingatan, moga ketemu lagi menyambut seruan Tuhan, disamping keluarga & teman, selawat & salam buat Junjungan❤️

🌻
Itulah penting dalam hidup untuk menghargai dan menikmati setiap yang terjadi, 
Samada bahagia atau derita yang datang disisi, 
Jemputlah ia dengan penuh syukur dan harapan pada Illahi,
 Kerana setiap yang berlaku sungguh, terselit begitu banyak hikmah dari Dia untuk hambaNya yang disayangi. 

Rabu, 12 Jun 2019

﷽


Hari ini, mimi nak share tentang "yakin". Apa ada dengan perkataan ini, "whats so special about this words"??. Orang cakap, dalam hidup kita perlu yakin dengan diri sendiri kan... Well, I'm agree with this statements but not totally yah.. Bagi mimi, dalam hidup yakin is not the one that totally change your life 100% , sebab kita juga perlukan perasaan takut dan tak yakin tu. LOLL, jangan salah faham dulu.. I mean, perasaan tak yakin atau senang cerita "takut" sebenarnya membuat kita lebih berhati-hati dengan tindak tanduk sendiri, kita akan lebih berhati-hati untuk handle some of situation, lebih berhati-hati dengan makhluk sekeliling kita right.. and this is what we call it a "sense". Tak semua orang sukakan kita, ada yang tak boleh tengok kita bahagia, senang, ketawa, & so on.. Aikkkk, so apa kaitannya dengan "yakin"?? 


Point nya dekat sini, setiap perkara yang terjadi dalam hidup kita asbab keyakinan kita, jangan aspect that people around us turut bertepuk gembira, tersenyum ketawa melihat kebahagiaan kita. To me, apabila kita terlalu yakin & not all things end up happily, kalian rasa manusia macam ini wujud ka..?? Wujud denngan hikmat-hikmat nasihat ka? Kata-kata semangat ka? Just forget about it, tapi tak semua ye.. sebab yang setia dengan kita siapa je guys..??

Allah AzzaWajal 

ا للہ عزوجل (always with us)

Keluarga (insan istimewa dibelakang kita, of course!!)

Sahabat (inilah yang dinamakan "sahabat Syurga", namun tak semua kawan atau kenalan boleh jadi sahabat kita, Remember It..)

Jangan berharap dan yakin indahnya pelangi, tenangnya bayu kan menyinari hidup kita selamanya, kerana pasti suatu saat kemarau & tengkujuh datang musnahkan semua


🌻
Tidak perlu yakinkan manusia dengan apa yang kita ada,
Kerna tidak semua, boleh terima kita tanpa apa-apa,
Cukup sekadar, kongsi bahgia dengan insan dicinta,
Yang pasti, Allah Sang Pencipta jangan dilupa.